Pemahaman konsep Matematik dan Sains serta kemahiran menganalisis soalan diperkukuh.
07
Mengenai Program
Tujuan, fokus dan pendekatan Program Final Boost DLP Mambong 2026.07
MENGENAI PROGRAM
Intervensi akademik berfokus untuk DLP
Program ini menghimpunkan murid Tahun 6, guru Mathematics dan Science, Guru Besar serta ibu bapa atau penjaga daripada 18 sekolah Zon Mambong. Pelaksanaannya memberi tumpuan kepada pengukuhan pencapaian akademik DLP melalui klinik akademik, motivasi, PLC guru dan perkongsian bersama YSISS.
Murid dibimbing memahami kehendak soalan, menguasai istilah akademik dalam Bahasa Inggeris, mengukuhkan konsep kritikal dan mengamalkan strategi penyelesaian masalah yang berkesan.
Klinik AkademikMathematics dan Science untuk murid
PLC GuruStrategi intervensi dan amalan terbaik DLP
MotivasiKeyakinan dan sikap positif terhadap pembelajaran
Libat UrusIbu bapa atau penjaga bersama YSISS
OBJEKTIF PROGRAM
Penguasaan bahasa Inggeris akademik dan keyakinan murid dalam pembelajaran DLP dipertingkat.
Keupayaan guru diperkasa melalui PLC dan perkongsian amalan terbaik.
Kerjasama strategik antara sekolah, ibu bapa dan YSISS diperkukuh.
KUMPULAN SASARAN
Komuniti DLP Zon Mambong
- 178 orang murid Tahun 6
- 178 orang ibu bapa atau penjaga
- 36 orang guru DLP
- 18 orang Guru Besar daripada 18 buah sekolah